Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

anak-anak umpama kain putih...

Bunga Penyeri Hidup..

WEDDING LEMEN..

guano gamok

kemah keming....

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa. "Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?" "Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak. "Apakah kelakuan kamu baik disini?" "Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."
Umur Tinggal Enam Minggu Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi. "Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?" Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari". Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?" "Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."